1)
NAMA
MUSOLLA ; IBNU SINA
Pihak Panitia Pendidikan Islam dengan
sokongan pihak pengurusan sekolah telah bersetuju memilih nama salah seorang
tokoh ilmuan Islam ini kerana ketokohannya dalam ilmu pengetahuan berteraskan
Islam dan juga Sains untuk menggambarkan perlunya antara keseimbangan ilmu
agama (ukhrawi) dan sains (duniawi) dalam memacu hidup seseorang individu itu
ke arah kejayaan di dunia dan juga kejayaan di akhirat kelak.
2)
BENTUK;
GABUNGAN EMPAT SEGI SAMA DENGAN LAPAN BUCU (BINTANG BERBUCU LAPAN)
Bentuk ini menggambarkan kerjasama dan
kesepaduan di antara lima panitia teras iaitu Panitia Bahasa Melayu, Panitia
Bahasa Inggeris, Panitia Matematik, Panitia Sains dan Panitia Pendidikan Islam
bersama panitia elektif yang lain iaitu Panitia Pendidikan Jasmani/Kesihatan,
Panitia Kesenian /muzik dan panitia Reka Bentuk Teknologi/Teknilogi maklumat dalam
membentuk keutuhan dan kehebatan Musolla
Ibnu Sina ini.
3)
MASJID;
DILETAKKAN DI TENGAH
Masjid merupakan lambang ketinggian agama
Islam dan kepatuhan kepada syariat Islam yang diperintahkan Allah SWT. Masjid
diletakkan di tengah dalam logo ini menggambarkan Musolla Ibnu Sina sebagai
pusat pembinaan modal insan yang bersakhsiah tinggi dan unggul serta
berkeperibadian mulia.
4)
TULISAN
(Musolla Ibnu Sina); DITULIS MENGGUNAKAN
HURUF HIJAIYYAH
Menggambarkan komitmen untuk meninggikan
kemuliaan Islam melalui wadah Bahasa Arab sebagai salah satu bahasa ilmu dan
syiar Agama Islam selain bertujuan untuk memartabatkan tulisan jawi sebagain
tulisan utama di negara ini setanding tulisan rumi.
5)
WARNA;
KUNING-
melambangkan kesetiaan warga sekolah melalui wadah Musolla Ibnu Sina kepada
Raja dan Negara.
BIRU –
melambangkan kesepaduan sesame warga sekolah melalui wadah Musolla Ibnu Sina
HIJAU- warna
Hijau pada masjid melambangkan ketinggian syiar Islam dan merupakan antara
warna kegemaran Rasulullah S.A.W.