Wednesday, 12 October 2016

LOGO MUSALLA IBNU SINA




1)      NAMA MUSOLLA ; IBNU SINA
Pihak Panitia Pendidikan Islam dengan sokongan pihak pengurusan sekolah telah bersetuju memilih nama salah seorang tokoh ilmuan Islam ini kerana ketokohannya dalam ilmu pengetahuan berteraskan Islam dan juga Sains untuk menggambarkan perlunya antara keseimbangan ilmu agama (ukhrawi) dan sains (duniawi) dalam memacu hidup seseorang individu itu ke arah kejayaan di dunia dan juga kejayaan di akhirat kelak.

2)      BENTUK; GABUNGAN EMPAT SEGI SAMA DENGAN LAPAN BUCU (BINTANG BERBUCU LAPAN)
Bentuk ini menggambarkan kerjasama dan kesepaduan di antara lima panitia teras iaitu Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Matematik, Panitia Sains dan Panitia Pendidikan Islam bersama panitia elektif yang lain iaitu Panitia Pendidikan Jasmani/Kesihatan, Panitia Kesenian /muzik dan panitia Reka Bentuk Teknologi/Teknilogi maklumat dalam  membentuk keutuhan dan kehebatan Musolla Ibnu Sina ini.

3)      MASJID; DILETAKKAN DI TENGAH
Masjid merupakan lambang ketinggian agama Islam dan kepatuhan kepada syariat Islam yang diperintahkan Allah SWT. Masjid diletakkan di tengah dalam logo ini menggambarkan Musolla Ibnu Sina sebagai pusat pembinaan modal insan yang bersakhsiah tinggi dan unggul serta berkeperibadian mulia.

4)      TULISAN (Musolla  Ibnu Sina); DITULIS MENGGUNAKAN HURUF HIJAIYYAH
Menggambarkan komitmen untuk meninggikan kemuliaan Islam melalui wadah Bahasa Arab sebagai salah satu bahasa ilmu dan syiar Agama Islam selain bertujuan untuk memartabatkan tulisan jawi sebagain tulisan utama di negara ini setanding tulisan rumi.

5)      WARNA;
KUNING- melambangkan kesetiaan warga sekolah melalui wadah Musolla Ibnu Sina kepada Raja dan Negara.
BIRU – melambangkan kesepaduan sesame warga sekolah melalui wadah Musolla Ibnu Sina
HIJAU- warna Hijau pada masjid melambangkan ketinggian syiar Islam dan merupakan antara warna kegemaran Rasulullah S.A.W.

No comments:

Post a Comment